Rumah Terbuka Aidil Fitri
Persekutuan Pengakap Malaysia 2009
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Rumah Terbuka Aidil Fitri
Persekutuan Pengakap Malaysia 2009
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Sembah Salam Kemaafan Dipinta..


Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media. Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. BERNAMA. Sumber Berita. |
Pasukan 1 Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini. Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia. Najib yang juga Menteri Kewangan 1 memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut. "Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata pasukan 1 Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan. Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata "pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton". Najib menyifatkan projek itu tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar pada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu. "Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap. "Ia bukan kegiatan sukan semata-mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama Air Asia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat perhubungan awam bagi pasukan 1 Malaysia F1 Team, pasukan negara itu akan berpangkalan di SIC. Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Petronas dan begitu juga Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), pakar pengeluaran komponen komposit tempatan, juga telah menyertai projek ini. Kenyataan itu berkata pasukan F1 team negara akan mengintegrasikan krew pit dan teknikal Malaysia berjumlah 200 orang untuk diuruskan oleh pengarah teknikal Formula One yang disegani, Mike Gascoyne. Beliau telah merekrut kumpulan yang mengandungi pakar antarabangsa dengan rekod yang telah terbukti dalam pelbagai disiplin pengeluaran, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan bagi memastikan bahawa pasukan 1Malaysia F1 team adalah pasukan yang mencapai piawaian antarabangsa, persediaan dan keupayaannya untuk bertanding dengan para pemandu hebat dunia. Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasukan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan. Kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata bahawa penyertaan Malaysia dalam Formula One dengan pasukan negara mempunyai objektif untuk mendapat pengaruh yang meluas terutama dalam memajukan perkembangan industri automotif negara dari aspek teknologi termasuk inisiatif dalam teknologi hijau. "Dengan mewujudkan pusat lumba di dalam negara, kami juga berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan kepakaran teknikal terbaik yang boleh menjana pertumbuhan industri automotif kita di mana saya berharap untuk melihat lebih banyak R&D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan kereta yang berkesan dari segi kos, lebih ringan dan lebih selamat," katanya. BERNAMA. Sumber Berita. |

Orang ramai kini boleh menyaksikan keunikan sajian tradisi Melayu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama daripada segi cara penyediaan serta peralatan yang digunakan menerusi Pameran Nostalgia Sajian Raya yang kini berlangsung di Muzium Negara sehingga 4 Oktober 2009. Ketua Pengarahnya Ibrahim Ismail berkata pameran itu bertujuan mendedahkan kepada orang ramai mengenai keunikan dalam penyediaan sajian dan kuih raya tradisional seperti dodol, lemang dan bahulu. "Ini merupakan antara langkah yang dilakukan oleh pihak muzium dalam memartabatkan warisan negara di samping beberapa pameran tetap yang diadakan," katanya kepada Bernama. Ibrahim berkata antara program menarik sempena pameran itu ialah demonstrasi penyediaan sajian dan kuih raya oleh pakar masakan yang dijemput khas dari beberapa negeri di seluruh negara. Katanya demonstrasi itu bertujuan mendedahkan secara lebih jelas kepada para pelancong khususnya pelancong luar negara mengenai keunikan penyediaan makanan tradisional Malaysia.BERNAMA. Sumber Bahan |
|



|

|
Mesyuarat Penyelarasan Kem Lencana Ekspedisi Fraser
Pengakap Remaja Negeri Selangor 2009
Tarikh : 5 September 2009 (Sabtu)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Meru, Kelang / Rumah Penolong Pesuruhjaya Negeri Tugas Khas (Remaja)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemas kini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam. Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam. "Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan. SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut. Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial. Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti lain yang menjejaskan selain webpage yang disisip. SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut. Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka. BERNAMA Sumber Berita. |
Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah Pelabuhan Kelang hari ini. ![]() Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga anggota keluarga anak kapal KD TAR.
KD TAR, yang dikendali oleh 32 orang pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmey Ithnain merapat ke jeti pada 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai-lambai ke arah orang ramai. Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Panglima ATM, Panglima TLDM dan Ketua Polis Negara kemudiannya diiring masuk melawat ke dalam kapal selam pertama negara itu. Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu. KD TAR mula belayar dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis, pada 11 Julai dan mengambil masa 54 hari untuk tiba di Pelabuhan Klang dengan melakukan persinggahan di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India. Semasa dalam pelayaran pulang kapal selam itu telah melakukan penyelaman selama 32 hari, belayar di permukaan selama 10 hari dan selebihnya singgah di pelabuhan. KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. Sebuah lagi, yang dinamakan KD Tun Razak, akan ditauliahkan pada Oktober ini dan dijangka tiba di Malaysia pada Mac tahun depan. .Sumber Berita. |


Alain "Spiderman" Robert mengaku bersalah di mahkamah majistret hari ini atas kesalahan menceroboh menara berkembar Petronas pagi semalam.
Pemanjat bangunan berasal dari Perancis yang tersohor di dunia sehingga digelar "Spiderman" diwakili oleh tiga peguam yang diketuai oleh Wong Kian Kheong. Robert dituduh bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau kesalahan pencerobohan jenayah di depan majistret Siti Shakirah Mohtaruddin. Beliau dikenakan hukuman RM2,000. Semalam, lelaki 46 tahun itu mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu pada Subuh dan sampai ke kemuncaknya dua jam kemudian, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ. Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, gagal. Robert bagaimanapun dibebaskan tanpa didakwa. Beliau pernah memanjat Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco. Sumber Berita |


Alain Robert 'Spiderman' dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini. "Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP. "Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya. "Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh," katanya. Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa. Beliau yang digelar 'Spiderman' pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco. Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipe 101. Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam. |
| 31 Ogos 2009..6:55pm |
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.
"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).
"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.
Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.
Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi. Sumber Berita.

SALINAN PENDAFTARAN ONLINE
YANG TELAH DITERIMA :
(Setakat 11 JULAI 2009)
EMAIL RASMI PPMD KAJANG
ppmdaerahkajang@yahoo.com
(penghantaran salinan pendaftaran)
* sila email salinan pendaftaran ke PPMD KAJANG
ASSISTANT COMMISSIONER of KAJANG
syedppmkajang@yahoo.com.my
http://duniabahasabangsa.blogspot.com
Powered by Blogger | Created and Maintained by PPM Kajang | Since 10 August 2008..8 Syaaban 1429H
