.
"Welcome to Kajang Scouts Site..Anda kini berada
di Laman Blog Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang, Selangor."
.

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan taat kepada Tuhan, raja
dan negara, menolong orang pada setiap masa, menurut
undang-undang pengakap."



.

.

KESAN H1N1



http://www.jesseshunting.com/images/gasmask-m40-usmc-front.jpg
Tidak Perlu Wajibkan Topeng Di Sekolah

8 September 2009..12:16pm
Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah memakai topeng hidung dan mulut serta menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari dalam usaha mencegah jangkitan wabak influenza A(H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan mengenai wabak itu, maka terpulang kepada budi bicara ibu bapa serta sekolah kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.

Katanya, soal pokok adalah menjaga kebersihan diri setiap masa serta memastikan pemakaian topeng tersebut terutama dalam keadaan perlu seperti apabila batuk atau selesema agar tidak menjangkiti pada orang lain.

"Kalau kita rasa kita dalam keadaan selamat sebegini, itu terserah pada kita (sama ada nak pakai atau tidak). Soal mewajibkan saya fikir tak perlu" katanya kepada pemberita ketika ditanya mengapa Kementerian Pelajaran tidak mewajibkan pelajar sekolah memakai topeng mulut dan hidung dan mewajibkan menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari sebagai langkah menangani wabak itu yang setakat ini mengorbankan 73 orang di negara ini.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa lebih 10 minit melawat pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata jika ibu bapa berfikir anak-anak mereka perlu dibekalkan dengan topeng, mereka boleh berbuat demikian.

Menurutnya masyarakat dan ibu bapa sendiri kini lebih sedar mengenai wabak itu berikutan maklumat meluas yang disebarkan oleh kerajaan di dalam mahupun di luar sekolah sejak beberapa bulan ini melalui pelbagai saluran.

"Saya juga fikir sekolah-sekolah, pengetua dan guru-guru pun tahu dan faham. Sekarang ini (keadaan) lebih terkawal," katanya.

Mengenai peperiksaan UPSR yang dijalankan dalam keadaan negara menghadapi wabak influenza A(H1N1) ini, Muhyiddin berkata kementerian telah mengambil segala langkah yang perlu dalam usaha memastikan tiada pelajar dijangkiti wabak itu.

Katanya setiap pelajar telah dibekalkan dengan tiga topeng hidung dan mulut bagi menghadapi peperiksaan tiga hari itu dan pencuci tangan yang mencukupi juga dibekalkan kepada pegawai dan pengawas peperiksaan itu di seluruh negara.

Menurut Muhyiddin, kementerian juga telah membuka bilik gerakan 24 jam peperiksaan UPSR di pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia mulai 1 hingga 11 September, manakala bilik gerakan peringkat negeri di Jabatan Pelajaran Negeri dibuka serentak dengan di peringkat pusat.

Menurutnya hanya empat calon UPSR yang terlibat dengan wabak ini, masing-masing di Pahang, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan dan mereka menduduki peperiksaan seperti calon lain tetapi di hospital di bawah pengawasan doktor dan pengawas peperiksaan.

Seramai 518,096 calon menduduki peperiksaan UPSR tahun ini di seluruh negara di 8,236 pusat peperiksaan. Jumlah pegawai dan pengawas peperiksaan pula 32,924 orang.

Mengenai nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengenakan tekanan kepada anak-anak mereka untuk mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, Muhyiddin berkata kebiasaannya ibu bapa memberikan tumpuan lebih agar anak-anak mereka dapat menguasai dengan baik dalam semua matapelajaran yang diduduki.

"Saya percaya ibu bapa faham dan tahu bagaimana nak pastikan mereka (anak-anak) tidak terganggu... dengan cara memberi nasihat, membaca doa dan selawat supaya tenang fikiran," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun UPSR merupakan peperiksaan pusat yang pertama diduduki tetapi pelajar-pelajar itu mempunyai pengalaman menduduki pelbagai peperiksaan lain yang diadakan pihak sekolah.

"Saya yakin mereka akan dapat menghadapinya dalam suasana tenang. Mudah-mudahan mencapai keputusan yang cemerlang," katanya. BERNAMA Sumber Berita.


[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

0 ulasan:

Post a Comment

.
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.
"National Scouts Organisation"
.
.
.
.
.
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2009
"Scouts Registration"
.
.
.
.
JAMBOREE ON THE AIR Kali Ke-52
JAMBOREE ON THE INTERNET Kali Ke-13 .
.
Jota Joti  2009
. .
.
Photobucket
.
Photobucket
[ GALERIA PROGRAM KEBANGSAAN ]
.
.
.
.
.. .
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
"State Scouts Organisation"
.
.
.
.
KOROBORI NEGERI SELANGOR 2009
Kem Temasya Rimba Templer, Rawang (cadangan)
Photobucket
Dalam Perancangan Selepas UPSR 2009
.
.
.

Photobucket
"GEMILANG towards King Scout"

"
Program GEMILANG diadakan khusus untuk mengenal pasti
dan melahirkan
PENGAKAP RAJA di kalangan ahli pengakap
PPM DAERAH KAJANG
menjelang 2010."

Photobucket
[ GALERIA PROGRAM DAERAH ]


.

.
INFO KURSUS GEMILANG
"GEMILANG's Info"
.
Kursus : Ujian Rambu Pengakap
(Pengakap Kanak-kanak & Pengakap Muda)
.
Tarikh : November 2009
(Sabtu)
.
.Tempat : Belum ditetapkan
.
Photobucket
[ BAHAN EDARAN KURSUS ]
.
.
.
.
..
<Photobucket"/>
KEMPORI PPM DAERAH KAJANG 2009
.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, barisan jurulatih, peserta dan penaja. Berjumpa lagi pada 2011.
.
.
.
.
.
.





KOROBORI PPM DAERAH KAJANG 2010

Penyertaan : Pengakap Kanak-kanak berdaftar

Tarikh : Mac 2010
(Jumaat, Sabtu & Ahad)

.Tempat : Belum ditetapkan

.

[ Sila Berikan CADANGAN Anda. Cadangan Yang Kami TERIMA. ]





.
<Photobucket"/>
.