.
"Welcome to Kajang Scouts Site..Anda kini berada
di Laman Blog Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang, Selangor."
.

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan taat kepada Tuhan, raja
dan negara, menolong orang pada setiap masa, menurut
undang-undang pengakap."



.

.

AKHIRNYA...

Hari Penuh Bersejarah

Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah Pelabuhan Kelang hari ini.

Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga anggota keluarga anak kapal KD TAR.

KD TAR, yang dikendali oleh 32 orang pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmey Ithnain merapat ke jeti pada 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai-lambai ke arah orang ramai.

Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Panglima ATM, Panglima TLDM dan Ketua Polis Negara kemudiannya diiring masuk melawat ke dalam kapal selam pertama negara itu.

Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu.

KD TAR mula belayar dari tempat ianya dibina di Toulon, Perancis, pada 11 Julai dan mengambil masa 54 hari untuk tiba di Pelabuhan Klang dengan melakukan persinggahan di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

Semasa dalam pelayaran pulang kapal selam itu telah melakukan penyelaman selama 32 hari, belayar di permukaan selama 10 hari dan selebihnya singgah di pelabuhan.

KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

Sebuah lagi, yang dinamakan KD Tun Razak, akan ditauliahkan pada Oktober ini dan dijangka tiba di Malaysia pada Mac tahun depan. .Sumber Berita.



[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

0 ulasan:

Post a Comment

.
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.
"National Scouts Organisation"
.
.
.
.
.
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2009
"Scouts Registration"
.
.
.
.
JAMBOREE ON THE AIR Kali Ke-52
JAMBOREE ON THE INTERNET Kali Ke-13 .
.
Jota Joti  2009
. .
.
Photobucket
.
Photobucket
[ GALERIA PROGRAM KEBANGSAAN ]
.
.
.
.
.. .
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
"State Scouts Organisation"
.
.
.
.
KOROBORI NEGERI SELANGOR 2009
Kem Temasya Rimba Templer, Rawang (cadangan)
Photobucket
Dalam Perancangan Selepas UPSR 2009
.
.
.

Photobucket
"GEMILANG towards King Scout"

"
Program GEMILANG diadakan khusus untuk mengenal pasti
dan melahirkan
PENGAKAP RAJA di kalangan ahli pengakap
PPM DAERAH KAJANG
menjelang 2010."

Photobucket
[ GALERIA PROGRAM DAERAH ]


.

.
INFO KURSUS GEMILANG
"GEMILANG's Info"
.
Kursus : Ujian Rambu Pengakap
(Pengakap Kanak-kanak & Pengakap Muda)
.
Tarikh : November 2009
(Sabtu)
.
.Tempat : Belum ditetapkan
.
Photobucket
[ BAHAN EDARAN KURSUS ]
.
.
.
.
..
<Photobucket"/>
KEMPORI PPM DAERAH KAJANG 2009
.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, barisan jurulatih, peserta dan penaja. Berjumpa lagi pada 2011.
.
.
.
.
.
.





KOROBORI PPM DAERAH KAJANG 2010

Penyertaan : Pengakap Kanak-kanak berdaftar

Tarikh : Mac 2010
(Jumaat, Sabtu & Ahad)

.Tempat : Belum ditetapkan

.

[ Sila Berikan CADANGAN Anda. Cadangan Yang Kami TERIMA. ]





.
<Photobucket"/>
.