.
"Welcome to Kajang Scouts Site..Anda kini berada
di Laman Blog Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang, Selangor."
.

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan taat kepada Tuhan, raja
dan negara, menolong orang pada setiap masa, menurut
undang-undang pengakap."



.

.

KURSUS KEPIMPINAN

Kursus Manik Kayu Modul C

Tarikh : 17 Oktober hingga 19 Oktober 2008 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat : Sekolah Kebangsaan Kuala Pangson, Hulu Langat

Lapor Diri : 3.00 petang (17 Oktober 2008)

Sasaran : Pemimpin Pengakap di Selangor yang telah hadir Kursus Manik Kayu Modul B

Unit Terlibat : Pengakap Muda dan Pengakap Remaja

Bayaran : RM40.00 setiap peserta

*Surat lantikan sebagai PEGAWAI KURSUS bertarikh 28 SEPTEMBER 2008 telah diedarkan kepada para petugas oleh TUAN HAJI RAHMAT BIN JA'AFAR, PENGERUSI LATIHAN NEGERI SELANGOR. SELAMAT BERTUGAS dan BERKURSUS.

 [ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

JOTA JOTI 2008

Temui Rakan Sepengakap Seluruh Pelusuk Dunia..


Jambori Pengakap Di Internet Sedunia (JOTI) dan Jambori Di Udara (JOTA) merupakan satu perjumpaan antarabangsa Pengakap melalui Internet dan frekuensi radio amatur. Program antarabangsa yang merupakan acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia ini diadakan setiap tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober dan pada tahun ini 18 Oktober dan 19 Oktober 2008 telah dipilih sebagai tarikh berlangsungnya program tersebut. Untuk keterangan lanjut dan sebagai rujukan bolehlah melayari http://www.joti.org/ms/index.html dan http://jota-scoutsjb.blogspot.com/ .

*JOTA-JOTI mail address: ppmkajangselangor@2008.jotajoti.org *Chat: IRC network of ScoutLink. JANGAN LEPASKAN PELUANG ini dan daftarlah segera. Ruang sembang untuk berinteraksi dengan ahli Pengakap dari seluruh dunia telah dibuka. PASTIKAN komputer anda mempunyai PERISIAN JAVA.
[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

SALAM AIDILFITRI

Sembah Salam Kemaafan Dipinta..



Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Ngodok kupat neng ngisor ondo,
Godonge nipah digawae atap;
Salah silapku njaluk ngapuro,
Ketemu meneh neng taun ngarep.

Kerana..ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
dan HATI silap menduga,
MAAF atas segalanya.

"SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI"
daripada WARGA BLOG PPM KAJANG

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi PPM Daerah Kajang


Alhamdulillah..berjaya juga menyiapkan carta ORGANISASI PPM KAJANG, ORGANISASI PPM SELANGOR, PESURUHJAYA DAERAH dan ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA. Semoga hasil usaha ini dapat memberi impak serta digunakan sebagai bahan rujukan oleh ahli-ahli pengakap, pemimpin kumpulan dan pengunjung BLOG PPM KAJANG dengan semaksima yang boleh.

*Carta dapat dilihat dalam 'BAR PILIHAN MENU' di atas. Hak cipta terpelihara.

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

INFO PROGRAM

PEK Bercuti Dan Ujian Rambu Pengakap 2008 :

Tarikh : 23 Oktober hingga 25 Oktober 2008 (Khamis hingga Sabtu) ..Ditunda

Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali.

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan kerjasama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang

Sasaran : Terbuka kepada Pengakap Kanak-kanak yang berdaftar.

Tujuan : Pendedahan aktiviti kepengakapan dan ujian Rambu Pengakap Kanak-kanak

Bayaran : RM50.00 (termasuk makan minum dan sijil)

Aktiviti : Ikatan dan simpulan, malam kebudayaan, kraftangan, jamuan hari raya dan lain-lain 

Surat Program: Akan diedarkan ke sekolah-sekolah oleh PPD Hulu Langat

*Sila kembalikan BORANG PENYERTAAN bersama bayaran pada atau sebelum 9 OKTOBER 2008 (Rabu) kepada SK TAAM selaku tuan rumah program. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA akan dimaklumkan kemudian.

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

AKTIVITI ANTARABANGSA

Jambori Antarabangsa Johor 2008 :


Tarikh : 15 November hingga 20 November 2008

Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat

*Selamat berangkat kepada ahli-ahli pengakap dari PPM Kajang yang akan menyertai KONTINJEN SELANGOR ke JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR pada 14 November 2008. Untuk makluman, LENCANA RASMI JAMBORI akan diketahui umum seminggu sebelum program antarabangsa ini berlangsung.

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

MESYUARAT BERSAMA

Mesyuarat Guru Pengakap Daerah Hulu Langat :

Tarikh : 18 September 2008 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Blok E, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat

Tujuan : Membincangkan Program PEK Bercuti 2008

Surat Mesyuarat: Telah diedarkan ke sekolah-sekolah

*Program bersama PPM Hulu Langat dan PPM Kajang (Daerah Hulu Langat) dan PEK Bercuti merupakan perkhemahan untuk Pengakap Kanak-kanak. Sila hadir mesyuarat dengan berpakaian seragam pengakap.

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

KAJANG DALAM LIPATAN SEJARAH

Asal Usul Nama Bandar Kajang

Perkataan Kajang lahir daripada beberapa sumber berikut :
Pendapat Pertama :
Adalah dipercayai kawasan Kajang telah diterokai oleh masyarakat suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang banyak tumbuh di kawasan ini dan digunakan untuk membuat atap pondok atau rumah.

Pendapat Kedua :

Batin Berenggai Besi merupakan seorang pembesar di Sungai Ujong. Beliau telah mendirikan pondok-pondok di pinggir sungai yang kini merupakan kawasan Kajang dengan menggunakan atap mengkuang. Beberapa lama kemudian, beliau telah menjadikan tempat ini sebagai kawasan penempatan. Nama Kajang lahir sempena bentuk atap mengkuang lipat kajang pada pondok-pondok yang telah didirikan di kawasan ini.

Pendapat Ketiga :

Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi masyarakat Mendailing ialah berpondok. Bagi orang Bugis pula, 'berkajang' membawa maksud 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua masyarakat ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan berbukit yang kini lokasi kawasan itu dikatakan terletak berhadapan Stesen Keretapi Kajang kerana salah faham berkenaan maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua kelompok masyarakat ini menghulu Sungai Langat kerana melarikan diri daripada peperangan saudara yang berlaku di Kelang antara tahun 1867 hingga 1873. Akibat daripada peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat :

Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili yang juga dikenali sebagai Toh Lili yang berasal dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakannya telah membuka tanah untuk kegiatan penanaman padi di Bukit Sungai Merbau dan membuka lombong di Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.

Pendapat Kelima :
Raja Alam dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya datang ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' di suatu kawasan yang sekarang ini lokasi tersebut terletak di Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan baru yang kini lokasi tersebut merupakan Kampung Batu 14 untuk kegiatan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

*Sumber diperoleh dan disusun semula daripada http://www.mpkj.gov.my/

[ Sila Berikan KOMENTAR Anda.. "Please Leave Your Comments" ]

AKTIVITI RAMADHAN

MAJLIS BERBUKA PUASA :

Tarikh : 17 September 2008 (Rabu)

Tempat : Ibu Pejabat PPM Malaysia, Rumah B-P, Kuala Lumpur.

Masa : 6.30 petang

Sasaran : Setiap PPM Daerah diminta menghantar wakil

*Maklumat diperoleh melalui ADC Latihan Negeri Selangor dan DC Daerah Kajang.

KEGIATAN DAN PENGLIBATAN 2008

Laporan Penglibatan Dan Kegiatan :


PERKHEMAHAN PENGEMBARAAN PENGAKAP REMAJA
telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor pada 1 Mac hingga 4 Mac 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali, Hulu Langat. PPM Kajang telah menghantar peserta seramai 18 orang ahli Pengakap Remaja dari SMK Jalan 3 dan SMK SAAS dengan diiringi oleh 4 orang Pemimpin Pengakap.


GEMILANG 1 (
KURSUS LENCANA KERIS GANGSA & LENCANA USAHA)
telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 21 Mac hingga 22 Mac 2008 (Jumaat - Sabtu). Program tahunan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang ini telah disertai seramai 76 orang ahli Pengakap Muda dan 196 orang ahli Pengakap Kanak-kanak bersama 26 orang Pemimpin Kumpulan.


KURSUS KEBOMBAAN
anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Sabak Bernam khas untuk calon-calon Pengakap Raja telah diadakan pada 2 Mei hingga 4 Mei 2008 bertempat Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Selangor, Sabak Bernam. PPM Kajang telah menghantar seramai 8 orang ahli Pengakap Remaja dari SMK Jalan 3 dan SMK SAAS dengan diiringi oleh 2 orang Pemimpin Kumpulan.


KEMPORI PENGAKAP SELANGOR
anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor telah diadakan pada 24 Mei hingga 27 Mei 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor. Kontinjen PPM Kajang yang diketuai oleh Encik Yazi Mohd Khairan telah dianggotai seramai 32 orang ahli Pengakap Kanak-kanak, 34 orang ahli Pengakap Muda dan 20 orang ahli Pengakap Remaja dengan diiringi seramai 12 orang Pemimpin Pengakap.


PERTANDINGAN KEPANDAIAN PENGAKAP
anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor telah diadakan pada tarikh dan tempat yang sama dengan KEMPORI Selangor iaitu pada 24 Mei hingga 27 Mei 2008 (Sabtu - Selasa). PPM Kajang telah menyertai 2 kategori pertandingan iaitu Kategori Pengakap Kanak-kanak yang telah diwakili seramai 8 orang ahli Pengakap Kanak-kanak SK Sri Jelok dan Kategori Pengakap Muda yang diwakili oleh 10 orang ahli Pengakap Muda SMK Jalan 3. Bagi Kategori Pengakap Kanak-kanak, PPM Kajang telah menduduki tempat ke-6 manakala bagi Kategori Pengakap Muda pula, PPM Kajang telah mengungguli kategori tersebut dan berjaya menjadi johan keseluruhan untuk membawa pulang Piala Haji Surimin.


PERKHEMAHAN WANITA NEGERI SELANGOR
telah diadakan pada 24 Julai hingga 27 Julai 2008 (Sabtu - Selasa) bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali, Hulu Langat. PPM Kajang telah menghantar kontinjen seramai 43 orang ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dengan diiringi oleh 4 orang pemimpin.


MAJLIS PELANCARAN SETEM DAN ULANG TAHUN KE-100 PENGAKAP MALAYSIA
telah diadakan pada 14 Ogos 2008 (Khamis) bertempat di Rumah B-P, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur. PPM Kajang telah menghantar kontinjen seramai 40 orang ahli Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Sekolah Kebangsaan Kajang Utama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 dengan diiringi oleh 3 orang pemimpin.


GEMILANG 2 (
KURSUS LENCANA KERIS PERAK & LENCANA MAJU)
telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi pada 29 Ogos hingga 30 Ogos 2008 (Jumaat - Sabtu). Program penyelarasan Lencana Kemajuan dan Lencana Kepandaian anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang ini telah disertai seramai 79 orang ahli Pengakap Muda daripada 8 buah sekolah menengah dan 177 orang ahli Pengakap Kanak-kanak daripada 6 buah sekolah rendah bersama 42 orang Pemimpin Kumpulan dan 10 orang pembantu daripada kalangan Pengakap Muda dan Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.

.
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.
"National Scouts Organisation"
.
.
.
.
.
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2009
"Scouts Registration"
.
.
.
.
JAMBOREE ON THE AIR Kali Ke-52
JAMBOREE ON THE INTERNET Kali Ke-13 .
.
Jota Joti  2009
. .
.
Photobucket
.
Photobucket
[ GALERIA PROGRAM KEBANGSAAN ]
.
.
.
.
.. .
.
Photobucket
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
"State Scouts Organisation"
.
.
.
.
KOROBORI NEGERI SELANGOR 2009
Kem Temasya Rimba Templer, Rawang (cadangan)
Photobucket
Dalam Perancangan Selepas UPSR 2009
.
.
.

Photobucket
"GEMILANG towards King Scout"

"
Program GEMILANG diadakan khusus untuk mengenal pasti
dan melahirkan
PENGAKAP RAJA di kalangan ahli pengakap
PPM DAERAH KAJANG
menjelang 2010."

Photobucket
[ GALERIA PROGRAM DAERAH ]


.

.
INFO KURSUS GEMILANG
"GEMILANG's Info"
.
Kursus : Ujian Rambu Pengakap
(Pengakap Kanak-kanak & Pengakap Muda)
.
Tarikh : November 2009
(Sabtu)
.
.Tempat : Belum ditetapkan
.
Photobucket
[ BAHAN EDARAN KURSUS ]
.
.
.
.
..
<Photobucket"/>
KEMPORI PPM DAERAH KAJANG 2009
.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, barisan jurulatih, peserta dan penaja. Berjumpa lagi pada 2011.
.
.
.
.
.
.





KOROBORI PPM DAERAH KAJANG 2010

Penyertaan : Pengakap Kanak-kanak berdaftar

Tarikh : Mac 2010
(Jumaat, Sabtu & Ahad)

.Tempat : Belum ditetapkan

.

[ Sila Berikan CADANGAN Anda. Cadangan Yang Kami TERIMA. ]





.
<Photobucket"/>
.